Jenama Etiqa.

Dengan logo dan identiti baru ini, kami membawa perubahan yang dinamik, melaksanakan perubahan luaran dan juga dalaman untuk memastikan agar anda mendapat faedah daripada perubahan ini. Nama ini unik, melambangkan asas jenama kami iaitu “Menginsankan Insurans”. Logonya dinamik, berani dan berbeza tetapi mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan melalui gambaran wajah dan juga “TQ” yang merupakan ucapan terima kasih kami kepada anda. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil berselang-seli menggambarkan kemodenan dan melambangkan betapa mudahnya untuk mencapai dan berurusan dengan kami. Warna hitam dan kuning mewakili hubungan kami dengan Maybank dan keutuhan kedudukan kewangan kami.

etiqa

Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria,
ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘…
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…”
Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

“mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik”

‘wallahua’alam..’

TAHUKAH ANDA??

– Setiap hari anda terdedah kepada risiko, antaranya kemalangan, penyakit, kematian dan hilang upaya…
– Anda tak mungkin tahu atau tidak boleh menjamin apa musibah yang bakal menimpa diri anda pada hari esok…
– Etiqa Takaful menawarkan pelbagai manfaat kepada kehidupan anda…
– Jadi sertailah Etiqa Takaful sekarang demi masa depan anda dan keluarga…

Mengapa anda perlu menyertai pelan Etiqa Takaful hari ini..

– Sebagai tabung kecemasan apabila berlaku musibah ( kematian, keilatan dan kemalangan )
– Sebagai tabung khas merawat penyakit kritikal (36 jenis )
– Sebagai tabung kesihatan & kos rawatan hospital
– Sebagai tabung simpanan dihari tua anda
– Sebagai jaminan kewangan bagi melangsaikan hutang-hutang anda apabila berlaku sesuatu musibah

Manfaat Yang Ditawarkan Etiqa Takaful…

– Manfaat asas ( kematian dan keilatan )
– Kemalangan
– Penyakit kritikal
– Hospital
– Simpanan
– Pelaburan

Kesungguhan anda melindungi keluarga sepanjang masa begitu terserlah,
begitu juga keprihatinan kami terhadap anda dan keluarga anda…….

Mengurus Risiko Menerusi Perlindungan Takaful.

Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].

Ada kalanya musibah ini merupakan satu ujian yang berpunca daripada perbuatan manusia itu sendiri. Lantas Allah s.w.t menurunkan balanya agar manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali mengamalkan apa yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah ar-Ruum ayat ke-41 yang bermaksud:
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada qada’ dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.

Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.

Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.

Dalam hal ini, konsep takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.
Risiko yang dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara-perkara yang berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).

Bagaimanapun, bila kita membicarakan tentang persoalan yang berkaitan dengan perlindungan menerusi sistem takaful, kita lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit kritikal, perlindungan persaraan atau pendidikan anak-anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi harta benda.

Risiko yang berkaitan dengan harta benda sekarang ini memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya.
Bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting, tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko agar ia merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta kenderaan juga tidak terkecuali. Bagi yang mengambil perlindungan takaful, mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia merupakan satu yang mendukacitakan.
Produk-produk takaful am seperti takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah (houseowner’s and householder’s takaful) merupakan antara produk-produk yang menawarkan perlindungan ke atas harta benda kita jika terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun banjir.
Bagaimanapun produk-produk yang dinyatakan di atas hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada konkrit sepenuhnya. Ini merupakan satu kekangan kepada pemilik-pemilik rumah kayu terutamanya yang tinggal di desa-desa untuk menyertai skim takaful di atas.

Rumah sebagaimana yang kita tahu adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang positif kepada warganya. Ini bertepatan dengan maksud hadis berikut:
Daripada Saad r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”. (Riwayat al-Baihaqi).

Mungkin sudah tiba masanya bagi pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi para pemilik rumah kayu melindungi harta benda mereka daripada bencana-bencana yang biasa melanda negara seperti banjir ini.

Bagaimanapun pada masa yang sama, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu cara-cara yang terbaik untuk mengurus risiko. Perlindungan takaful merupakan satu cara yang terbaik yang boleh diguna pakai kerana ia selaras dengan kehendak syariah.

Orang yang meninggalkan anak isterinya dengan keadaan kaya itu adalah lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan miskin dan meminta – minta – Riwayat Bukhari & Muslim

DENGAN TAKAFUL ETIQA KITA BOLEH MEMBUAT SIMPANAN PROCTECTION INCOME(MENYIMPAN SAMBIL MELINDUNGI).

KITA JUGA BOLEH MEMBUAT TABUNGAN AKHIRAT..SAMBIL MENYIMPAN KITA BERSEDEKAH…”JANGAN TINGGALKAN KELUARGA KITA SEHELAI SEPINGGAN KALAU KITA SAYANGKAN MEREKA”.

“JANGAN MENYESAL KALAU SESUATU SUDAH TERJADI,BIAR MENYESAL BILA SESUATU BELUM TERJADI”

Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:
“Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.” “Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi insurans ETIQA. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah.”

“Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi insurans ETIQA untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya.”

Masalah : Isteri terpaksa juga bekerja kerana duit pampasan akan kehabisan.
Penyelesaian : Dengan Income Protection, Gaji arwah suami masih ada SETIAP BULAN, isteri dapat menyara keluarga TANPA PERLU BEKERJA.

Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:
“Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang.” “Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. “”Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi insurans ETIQA saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. “

“Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. ”

Masalah : Adakah isteri mempunyai ketahanan dan kemampuan menguruskan perniagaan atau mencari kerja baru setelah berada dalam kedudukan selesa selama ini? Bolehkah isteri cepat menyesuaikan diri?

Penyelesaian : Gaji bulanan suami masih ada. Isteri tidak perlu bekerja. Sekiranya isteri ingin bekerja, beliau dapat mengambil masa untuk mempelajari selok belok sebagai seorang pengurus bagi menggantikan suaminya.

*DENGAN SERENDAH SERATUS SEBULAN ANDA AKAN DAPAT PELINDUNGAAN YANG TERJAMIN DARI ETIQA WALAUPUN BARU SEHARI KITA MENYIMPAN*.

“BIAR KITA HIDUP HARI TUA SENANG-LENANG”..”BIAR KITA MENIKMATI HIDUP  DENGAN PENUH KEBAHAGIAN TANPA SEKATAN KEWANGAN”..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: